RM33.00
Al-Tafarrud dan Hubungannya dengan 'Illah Menurut Sarjana Hadis
Price RM33.00
Brand Penerbit USM
Availability 500
Quantity
Description

Buku ini bukan hanya membincangkan salah satu topik yang sangat penting dalam disiplin ilmu hadis, iaitu al-tafarrud yang merujuk kepada hadis-hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja secara bersendirian pada mana-mana tabaqah sanad, bahkan merangkumi kupasan mengenai satu lagi topik yang tidak kurang pentingnya, iaitu 'ilal al-hadith. Gabungan dua topik ini menjadikan buku ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, apatah lagi dilihat dari sudut kedudukan ilmu "ilal al-hadith yang disifatkan sebagai ilmu yang sangat kompleks dan hanya mampu dikuasai oleh tokoh-tokoh hadis tertentu sahaja seperti al-Bukhari. Justeru, buku ini dapat memberi gambaran yang menyeluruh mengenai konsep al-tafarrud dan hubungannya dengan "illah yang terdapat dalam periwayatan hadis berdasarkan pandangan para sarjana hadis sama ada dalam kalangan ulama mutaqaddimin atau muta'akhkhirin. Lebih penting lagi, buku ini turut mengemukakan huraian mengenai manhaj yang digunakan oleh para sarjana hadis dalam menentukan 'illah bagi hadis-hadis yang diriwayatkan secara al tafarrud yang merupakan kemuncak perbincangan. Selain itu, buku ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan dalam bidang pengajian hadis, khususnya bagi para pelajar dan pencinta ilmu hadis yang berhasrat untuk meneroka ilmu hadis dengan lebih mendalam.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews