RM5.00
Adaptasi Pementoran dalam Organisasi
Price RM5.00
Size (L x W x H) 32 cm x 44 cm x 10 cm
Availability 179
Quantity
Description

Buku Adaptasi Pementoran dalam Organisasi merupakan sebuah hasil kumpulan beberapa tajuk tentang sistem mentor dalam sesebuah organisasi. Buku ini merupakan pengenalan kepada program mentor dalam organisasi yang menitikberatkan bahawa seseorang mentor perlu mempunyai pengetahuan tentang keperluan psikososial, personaliti dan tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak, remaja, dan warga emas.

Selain itu, seseorang mentor juga perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas menolong, penyelesaian masalah, sistem maklumat, dan rujukan. Tidak ketinggalan juga, peranan dan kepentingan perkhidmatan menolong serta nilai etika juga harus diberi tumpuan demi memastikan agar sistem mentor dalam organisasi dapat dijalankan dengan berkesan dan berkualiti tinggi.

Dalam semua organisasi, terdapat beberapa isu yang sering dan biasa wujud. Antaranya ialah konflik, amarah, stres, dan krisis. Buku ini juga memberi pengenalan kepada isu-isu tersebut.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews