Price | RM31.50 RM45.00 |
Brand | Penerbit USM |
Size (L x W x H) | 32 cm x 44 cm x 10 cm |
Availability | 238 |
Quantity |
|
Pantun ialah warisan puisi Melayu tradisional yang paling unik dan asli. Pantun lahir dalam masyarakat yang mementingkan kebijaksanaan, kecerdasan akal dan penggunaan kata-kata. Ia dicipta secara lisan, justeru bentuknya memperlihatkan ciri-ciri sastera lisan yang umum bersukat, berangkap, berentak dan berima. Daripada jumlahnya yang cukup besar dan jenisnya yang rencam, ternyata pantun merupakan puisi yang amat digemari. Ia bukan sahaja akrab dengan kehidupan orang Melayu tetapi juga memenuhi pelbagai fungsi bicara dan adat. Isinya mencakupi diri manusia secara menyeluruh emosi, akal dan budinya. Khalayaknya merentasi kanak-kanak sehingga dewasa.
Seringnya pantun dijumpai dalam bentuk ujaran lisan, dikumpulkan dan dibukukan untuk diabadikan. Namun, pantun juga terdapat pada halaman-halaman teks sastera tradisional; pantun-pantun ini saya gelar pantun perawi periwayat sastera. Maka buku ini merupakan satu dokumentasi pantun yang terdapat dalam teks-teks sastera lama baik yang tampil secara lisan (kemudian dibukukan) mahupun secara bertulis. Himpunan ini memuatkan lebih daripada seribu pantun yang dikumpulkan daripada lebih kurang 80 buah teks sastera tradisional daripada pelbagai genre.
Judul ini tersenarai dalam 50 Best Malaysian Titles for International Rights 2015, oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).