RM16.00
Pengebumian Keranda Kayu Balak di Kinabatangan, Sabah
Price RM16.00
Brand Penerbit USM
Availability 99
Quantity
Description

Buku ini membincangkan tradisi pengebumian keranda kayu balak di  Lembah Kinabatangan, Sabah. Bukti arkeologi dari kajian terdahulu dan terbaru mendapati bahawa Lembah Kinabatangan merupakan  pusat tumpuan  tradisi  pengebumian  keranda  kayu balak di Sabah. Sehingga  kini, banyak tapak gua dan pelindung gua batu kapur yang  mengandungi  ratusan  keranda kayu balak  telah ditemui di sepanjang Sungai Kinabatangan. Kajian usia secara saintifik dengan kaedah radiokarbon mendapati bahawa tradisi pengebumian  keranda  kayu balak  di  Lembah Kinabatangan telah bermula seawal 1,000 tahun dahulu dan ia masih lagi diamalkan oleh masyarakat Sungai dan Murut yang mendiami di sekitar Sungai Kinabatangan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews